Keriang Hill yang terletak di kaki Gunung Keriang, Mukim Gunung, Alor Setar, Kedah merupakan destinasi pelancongan yang dicadangkan kepada pelancong dalam dan luar negara. Untuk rekod, Keriang Hill yang dibangunkan di atas sebidang tanah seluas 15 hektar adalah destinasi percutian berkonsepkan perkampungan.

Dibangunkan dan diuruskan oleh Keriang Hill Resort Sdn. Bhd,Keriang Hill yang bertaraf tiga bintang boleh di sewa oleh sesiapa sahaja kerana harga yang perlu dibayar amatlah berpatutan dan dalam kemampuan kita. Di sini, terdapat 17 rumah kayu yang didirikan dalam suasana kampung dan rumah-rumah ini digelar sebagai pondok manakala setiap pondok dinamakan mengikut mukim-mukim yang terdapat di negeri Kedah.

Keriang Hill Resort
Keriang Hill Resort

Pemilihan nama bagi setiap pondok di Keriang Hill ini mendapat pekenan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selepas Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bersetuju menyerahkan pengurusan Keriang Hill kepada Keriang Hill Resort Sdn. Bhd.

Di Keriang Hill ini juga kakitangannya terdiri daripada penduduk kampung. Keriang Hill mengambil makcik-makcik kampung untuk mengemas pondok yang kesemuanya adalah anak tempatan. Jadi sesiapa yang ingin berehat dan mencari destinasi pelancongan berkonsepkan perkampungan boleh menginap di Keriang Hill ini.

Untuk sebarang pertanyaan :

menarikdi.com